Friday, June 17, 2011

"So tired, first time for kuliyyah"

Minggu ni baru aku start untuk kelas dan kuliyyah setelah 2 minggu lepak2 dekat CFS UIAM. Dekat atas ni merupakan jadual aku untuk Semester 1, bermula hari Isnin hingga hari Jumaat. Firstly, aku nak cerita kelas aku memang x best. Maksud aku bukan lecturers @ classmate, tapi keadaan kelas yg tidak ERA KONDUSIF. Takde air-cond langsung panas tu.

     Untuk semester 1 aku just study 2 core subjek iaitu Math1 dan Physic 1. Aku beruntung dapat lecturers yang semua sempoi dan best. Aku boleh bagi 4 setengah bintang daripada 5 bintang. Kah..kah.... Hari Isnin agak memenatkan jugak kerana 3 subjek dalam satu hari. Tapi kira okey sebab petang aku boleh relax.


      Hari Selasa pulak, kelas aku start pukul 11 pagi. Best la jugak coz hari ni aku just 2 subjek dan petang aku boleh keluar ke pasar malam. Tapi lagi best kalau English bawak ke pagi. Segar sedikit mata aku nak belajar bahasa.


      Hari Rabu, jadual serupa sangat macam ahri Selasa just 2 subjek. Boleh dikira lepak dan tidak memenatkan. Hari ni, time Physic pergi lab. Tu yang best.


     Hari Khamis memang padat giler. Sebagai contoh macam tadi la. Aku habis kelas pukul 6.30 ptg. Ustaz saje extend, nasib baik belajar Arab. Hari ni aku belajar 9jam 30 minit. Break just 1 jam jer. Otak pun dah nak tepu. Dekat skola paling lama pun dari pagi samapi 4 ptg. Kat sini aku study dari pukul 8 pagi sampai 6 ptg. Fuyoohh, lama tu.


     Penghulu segala hari  iaitu Jumaat memang memudahkan diri aku. Alhamdulillah. Kelas English start pukul 7.30 pagi samapi pukul 9 pagi. Lepas tu hanya 1 jam untuk kelas Math 1. Pukul 10 aku boleh blah balik ke rumah best giler!!!!


Konklusinya, aku ada sedikit x puas hati dengan jadual untuk semester ni. Aku memang x suka kelas time waktu petang. Aku suka kelas waktu pagi macam dekat sekolah. Baru otak ni segar bugar. Kah..kah... Petang selalu free boleh lepak @ siapkan homeworks. Senang sikit. Tapi nak buat macam mane. Terima je lah.

No comments:

Post a Comment