Hari ni hari Jumaat, jadi lepas kelas tadi aku terus kemas barang untuk balik ke rumah. Kelas habis pukul 4 ptg jadi kemas2 semua barang setengah jam. Lepas tu mandi dulu dan solat Asar setengah jam. Dalam pukul 5 ptg baru aku keluar hostel.
Selalunya aku balik sorang2, kali ni aku balik ke Bangi dengan Mat Yo dan Mantoy. Diorang nak pergi kenduri dekat Cheras esok hari. Family Mat Yo stay dekat UKM, jadi kitorang plan jalan sekali.Time keluar UIA, kitorang ambil bas ke Mid Valley. Dalam bas punyalah sesak, ramai giler orang.
On the way dari UIA ke Mid Valley setengah jam bro, sebab jalan sesak. Biasa la KL petang2 semua orang nak balik kerja. Area UM, Mahsa College, PPUM tu yang sesak. Masuk jer federal highway dah okey semula.
Sampai jer dekat Stesen Mid Valley dalam pukul 6.15ptg. Lepas beli tiket terus ke platform 2 arah ke Seremban. Memang ramai giler. Dalam pukul 6.30ptg satu komuter sampai, tapi tak boleh masuk coz sesak giler. Kitorang kena tunggu 15 minit lagi. Time train kedua tu aku sorang jer dpt masuk. Mat Yo dengan Mantoy diorang tak dapat masuk. Jadi aku dah terpisah dengan diorang.
Komuter yang aku naik merupakan komuter yang baru, jadi design kat dalam dia pun lain. Kalau korang pernah naik KTM macam tu la bentuknya. Dah tak ada pintu kat tengah, just satu pintu masuk mcm kawasan tangga, aku berdiri sampai ke Stesen UKM dekat area tangga tu. Komuter lama aku rasa lagi best la.
Dalam pukul 7.15malam baru la kau sampai ke Stesen UKM. Anyway, memang penat giler aku hari ni.
No comments:
Post a Comment