Wednesday, August 31, 2011

Balik Penang!!!


Hari ni kami sekeluarga nak balik ke kampung di Penang. Kitorang bertolak dari rumah pada pukul 12 tengah hari. Jalan time ni memang sesak la. Tapi still boleh bergerak, kira okey la. Setia kali lalu dekat mana-mana R&R memang penuh dengan orang.


     Kami berehat di perhentian Bukit Gantang. Ingatkan nak rehat dekat Sungai Perak sekali dia tutup sebab terlamapau ramai sangat orang. Parking pun dah penuh. Dekat sini kami baru makan tengahhari. Aku dengan ayah makan nasi ayam , mama & kakak makan kueh teow goreng.

     Tempat makan dekat sini pun oenuh dengan orang. Lepas makan kami sekeluarga solat jamak zohor dan asar. Selesai semuanya baru sambung perjalanan. Sampai je kampung sekali nenek aku takde, dia tak bagi tau balik Perlis ke rumah Mak Su aku.



Jadi ayah aku buat keputusan tidur dekat Bukit Mertajam. Kami tidur dekat The Summit Hotel. Malam tu kami pekena nasi kandar Al-Amin, takde la sedap sangat. Kedai pun macam tempat simpan barang. Kah..kah..Memang mengantuk giler, esok nak pergi Perlis pulak.

Alhamdulillah, byk dapat duit raya!!!


Semalam keluar beraya ke rumah sedara mara banyak giler dapat duit. Sekarang makin ramai sepupu aku yang dah bekerja makin banyak la aku dapat duit. Standard duit raya yang aku dapat paling sikit RM5. Ok la tu, kita patut bersyukur.


Ni duit raya Pak Uda aku bagi RM50. Memang setiap tahun dia bagi RM50, siap dapat buku kisah nabi-nabi. Kreatif jugak.


Lagi satu aku dapat RM50 time kat rumah Pak Ucu Lan. Sama jugak la every raya bagi RM50. Rezeki murah kot tahun ni.


Jadi konklusinya, jumlah keseluruhan wang raya yang terkumpul semalam adalah RM250. Alhamdulillah boleh buat belanja. Tak nak la membazir.

Merdeka ke-54 Malaysia


Selamat Hari Merdeka yang ke-54 kepada semua rakyat Malaysia. Kita perlu bersyukur kerana hidup dalam aman damai dan harmoni, tiada sebarang kacau bilau yang berlaku. Merdeka pada tahun ini berlainan sedikit kerana di sambut pada 2 Syawal dan tidak pernah berlaku dalam sejarah kita beraya sambil menyambut Merdeka.


     Kemerdekaan bermaksud kebebasan sesebuah negara daripada ancaman kuasa asing. Kita telah dijajah sejak 1511 dimana pada tahun tersebut kerajaan agung Melaka telah jatuh ke tangan Portugis. Kita juga pernah dijajah oleh Inggeris dan Jepun. Ramai pejuang tempatan yang telah berjuang untuk membebaskan negara daripada kezaliman penjajah.


      Bukan hanya negara kita bebas tetapi pemikiran kita jugak perlu bebas dari pengaruh asing yang kotor. Kita perlu menghargai kemerdekaan yang diberi dan perlu mempertahankannya sampai bila-bila. Generasi Y merupakan golongan yang akan memerintah negara pada masa akan datang. Jadi hargai kemerdekaan!!!

Tuesday, August 30, 2011

Jom BeRaYA!!!


Firstly, kami sekeluarga beraya ke rumah Mak Cik aku dekat Bandar Baru Selayang. Dekat just memulakan untuk mengisi perut la. Makanan macam biasa rendang, ketupat, kuah kacang dan kuah lodeh. Tu je la. Kat sini just banyak sesi fotografi. Banyak jugak dapat snaps pics. Kah..kah...


     Seterusnya, kami semua berkonvoi ke Batu Caves, rumah Pak Ucu Lan. Time beraya dekat sini makanan lebih special daripada rumah lain. Ada ayam bakar la,rendang itik, lontong dan banyak lagi. Time tengah makan sembang-sembang dengan Pak Unggal aku. Bukak citer pasal bola la.


     Lepas tu gerak ke rumah ketiga pulak, rumah mak andak aku dekat AU3, Keramat. Time sampai sini aku just duduk layan rancangan TV. Perut dah tak boleh isi lagi, penuh dah bro!!! Sempat jugak tunaikan solat Asar dekat masjid. Alhamdulillah.


Sekarang sampai giliran ke Bandar Baru Bangi pula. Rumah aku dulu la. Aku tolong mama aku hidang makanan. Ramai sedara-mara nak datang.


     Mama aku masak special dan lain daripada yang lain dengan rumah orang lain. Mama aku masak "MEE BANDUNG MUAR". Sedap tu, makan sekali nak tambah lagi sepinggan. Yang datang time ni, family Mak Anjang, Cik Ani, Mak Andak,Pak Ucu Lan,Pak Teh dan Mak Ngah.


Selepas penat layan tetamu dekat rumah, lepas Maghrib aku dengan ayah beraya ke rumah Mak Ulung. Dekat je dengan rumah aku, dia kat Seksyen 4. Lastly, rumah Mak Ngah aku dekat Kajang, pekena menu istimewa Hari Raya iaitu nasi lemak pedas berapi. Sekarang baru aku boleh berehat, nak masuk tidur dah ni. Bye!!!




Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin


Ramadhan berlalu dengan pantas, tanpa kita sedari hari ni merupakan hari kemenangan bagi umat Islam iaitu Hari Raya Aidilfitri. Aidilfitri bermaksud kembali kepada fitrah kehidupan . Jadi kesempatan ini aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh umat Islam. Di sini juga aku ingin menyusun sepuluh jari sekiranya ada salah silap ataupun terkasar bahasa. Halalkan segala makan minum.


Tahun ni sempat jugak nak bergambar satu family. Lepas ni gerak ke rumah sedara-mara dekat seluruh Selangor dan Kuala Lumpur.

Monday, August 29, 2011

Iftar D' Rawang

Hari ni kami sekeluarga berbuka di rumah mak cik aku di Rawang. Sebelum kitorang gerak ke Rawang,singgah dulu di bazar ramadhan beli sedikit buah tangan. Takkan datag rumah orang bawak perut kosong jer. KAh..kah....

     Dalam pukul 6ptg baru kitorang gerak ke Rawang. Nasib baik jalan tak sesak, semua orang dah balik kampung. Jalan ke Rawang dah lawa dan luas. Ada simpang ke Kuala Selangor dan Puncak Alam. Memang jauh la mana-mana memeber aku yang daat PALAM.



     Time berbuka just ada 3 family. Mak Ngah, Mak Cik dan family aku. Berbuka just makanan biasa-biasa je. Sebelum isyak tu ada pengumuman esok raya, maksudnya malam ni merupakan hari terakhir ramadhan. Time isyak aku pergi ke surau solat berjemaah dan takbir beramai-ramai.
Sebelum pukul 10malam, kami sekeluarga berangkat pulang. Tadi pun aku dapat duit raya dari Mak Cik Ani dan Pak Uda. Masyuk tu!!!

Checklist D' Akhir Ramadhan


Malam tadi merupakan malam terakhir semua umat Islam menunaikan solat sunat terawih. Kerana esok merupakan hari kemenangan bagi umat Islam. Terawih kita hanya boleh jumpa setahun sekali dalam bulan Ramadhan. Jadi Imam malam tadi ada bagi sedikit tazkirah.

Sebelum berakhirnya Ramadhan kita perlu ada checklist sendiri. Dalam checklist perlulah terdapat:
  1. Tadarus al-Quran
  2. Menjawab azan dan berdoa selepas azan
  3. Datang solat berjemaah dan berazam untuk berada di saf paling hadapan
  4. Beriktikaf dalam masjid dari subuh sehingga solat dhuha
  5. Berzikir
  6. Turut serta dalam solat jenazah
  7. Menjenguk pesakit dirumah atau hospital
  8. Bersedekah
  9. Menghadiri majlis ilmu,tahlil dan zikir
  10. Mengesan fakir miskin dan beri sumbangan
  11. Mencari lailatul qadar dan bukan menunggunya
Ni merupakan checklist dan sekiranya ada tambahan boleh la buat sendiri. Semoga ramadhan pada tahun ini kita dapat berkat dan merasakan kemanisannya. Insyaallah.

Sunday, August 28, 2011

Menulis Kad Raya


Pagi-pagi lagi aku sibuk menulis kad hari raya. Dah lama aku tak melakukan aktiviti ni. Kah..kah...Zaman sekarang orang main SMS je senang, cepat dan jimat. Aku tulis kad kepada semua guru-guru yang mengajar aku time SPM dulu.


     Ni la kad raya yang aku beli. Tinggal lagi berapa jer dah nak siap. Lepas tu baru boleh os. Nak beli kad raya yang ada kartun, rasa macam tak sesuai pulak. Corak yang simple jer senang.


     Tadi aku beli setem. Sekarang dah mahal satu surat 50 sen dulu 30 sen. Tapi ok la. Semua kad raya dah siap & tinggal untuk pos jer.

Saturday, August 27, 2011

Akhirnya.......

Hari ni aku dengan family aku turun ke KL memandangkan Hari Raya akan menjelma lagi beberapa hari. Ayah aku dah bagi peruntukan sebanyak RM250 untuk beli persiapan raya. Duit tu aku tak sentuh lagi walaupun ni merupakan kali ke empat aku ke SOGO.


     Macam biasa SOGO dipenuhi dengan pengunjung yang berebut-rebut membeli-belah di saat akhir. Potongan harga paling tinggi yang aku tengok adalah 80%. Berebut-rebut orang kerumun tempat tu. Kah..kah....


Ni la seluar jeans yang aku beli. Jenama CHARGES, harga RM 69.90. Kalau before less seratus lebih bro.Lagipun jenama ni aku pun tak ada lagi.


     Ni pulak jeans plain hitam jenama BONTTON. Harga dia RM 59.90. Tujuan aku beli untuk pakai time pergi kuliah nanti. Malas nak pakai seluar slack. Kah..kah...


      Jumlah semua barang aku RM130 dan aku jimat RM50 sebab habiskan kupon RM50 yang ayah aku dapat.Memang masyuk bro. Aku teringin jugak nak cari baju tapi memandangkan almari aku dah penuh & takde minat pulak nak membeli.


     Shopping memang best giler sebab kita boleh membeli barang yang berjenama dengan harga yang murah. Tak payah nak keluar duit bebanyak semata-mata nak beli pakaian yang berharga RM150+++. Time ni la kita dapat beli barang bejenama dengan harga bawah RM100.

Tolong Mama buat Biskut Raya


Hari ni lepas sahur, aku dah tak tidur balik. Lepas solat subuh terus turun kat ruang tamu, lepak layan TV. Tengah lepak-lepak tu, mama aku ajak aku tolong buat biskut  raya. Biskut paling simple dan disukai oleh ramai orang iaitu biskut cornflakes.


     Selalunya biskut ni boleh dibuat dengan pelbagai perisa. Paling popular adalah coklat, coklat putih pun ada jugak dan madu. Tapi kalau beraya selalu jumpa coklat la. Yang jenis lain tu jarang-jarang nak jumpa. Kah...kah....

     Buat biskut ni simple je, tak perlu dibakar dalam ketuhar. Just gaul dalam kuali dan bahan-bahannya adalah coklat masakan, majerin, dan juga cornflakes. Sukatan coklat mestilah 250g bagi satu peket cornflakes. Kalau terkurang tak sedap pulak.


Lepas dah siap dimasak baru boleh masuk dalam paper cups. Korang boleh menghias biskut korang dengan coklat rice ataupun mix chocolate rice. Selesai semuanya baru boleh masuk dalam peti sejuk. Aku tolong mama dalam masa 30 minit dah boleh siap.


Saturday, August 20, 2011

Iftar di AU2


Assalamualaikum, hari ni korang semua berbuka apa??? Hari ni merupakan 20 Ramadhan, bermakna tinggal 10 hari lagi bulan yang mulia ini akan meninggalkan kita. Bukan itu sahaja 10 malam terakhir semua umat Islam dijanjikan dengan Lailatul Qadar.


     Hari ni satu family aku berbuka dekat AU2 dekat rumah Mak Andak aku. Dia jemput semua adik-beradiknya untuk memeriahkan majlis berbuka tersebut. Kitorang gerak dari rumah pukul 5 petang lepas settlekan semua urusan dekat rumah.


      On the way ke sana, faham-faham je la KL. Sesak as assual. Kah..kah..Sampai ke ke AU2 dalam pukul 6.30 petang. Makanan atas meja punyalah banyak sebab setiap keluarga yang datang bawak beberapa jenis makanan. Antaranya sate, roti john, ayam bakar, kueh teaw goreng, popiah basah, dan macam-macam lagi. Air pun ada banyak jenis cendol, tebu, teh o dan soya.


Time masa bebuka aku pekena sate 8 cucuk, punyalah masyuk. Kah..kah..Hari ni memang kenyang. Alhamdulillah. Aku tunaikan solat Isyak dan terawih dekat masjid kat situ. Lepas habis terawih terus balik ke rumah.

Friday, August 19, 2011

Bagaimana nak elakkan tertinggal solat???


Hari ni aku kena buat presentation pasal solat time usrah dengan 3 orang member aku , Amir, Aiman dan Amirul. Tajuk yang kitorang pilih ialah " How to avoid missing solah especially Subuh & Isyak?" Kitorang kena present in English, nasib baik tajuknya senang.

     Aku pun nak kongsi dengan korang maklumat yang aku present time usrah tadi. Solat merupakan tiang agama dan merupakan antara aspek yang penting untuk menjadi muslim yag cemerlang. Bahkan, solat wajib lima waktu iaitu Subuh, Zuhur, Asar , Maghrib dan Isyak merupakan perkara pertama yang akan di tanya ketika hari akhirat.

     Kenapa solat Subuh dan Isyak??? Ustaz aku cakap 2 solat ni merupakan solat yang sukar sekali untuk kita laksanakan kerana gangguan-gangguan tertentu. Jadi untuk mengelakkan daripada tertinggal terdapat beberapa cara.

     Solat Subuh, aku pernah jugak tertinggal tapi cara paling berkesan adalah set jam loceng. Jangan letakkan jam loceng kat berdekatan dengan kita tapi jauh sikit. Sebagai contoh kalau jauh kita akan bangkit dari tidur untuk tutup jam tersebut. Apabila ada pergerakan badan kita akan lebih mudah untuk menunaikan solat.

      Niat jugak penting, sebelum tidur kita niat untuk bangun awal untuk menunaikan solat Subuh. Dalam bulan Ramadhan yang mulia, lepas sahur elakkan daripada tidur. Kemungkinan kita akan tertinggal solat subuh. Rugilah walaupun dah bersahur tapi tak solat subuh.

     Solat Isyak pulak, jangan tangguh time nak tunaikan solat. Waktu renggang antara Maghrib dan Isyak boleh diisikan dengan solat sunat ataupun membaca al-Quran. Sebelum tidur disunatkan mengambil wuduk untuk mengingatkan kita tentang solat Isyak.

Anyway, benda yang paling penting ialah must be panctual untuk memunaikan setiap solat. Kenapa kita boleh menepati sebarang temu janji @ hal dunia?? Tetapi mengapa tidak untuk menunaikan solat??? Fikir-fikirkan dan selamat beramal!!!

Tuesday, August 16, 2011

"Pedoman"

Kehidupan di kampus ibarat seekor ikan emas yang disimpan rapi di dalam akuarium,diberi oksigen di beri makanan.,tetapi apabila ikan emas tersebut jatuh ke darat,.dengan hanya beberapa minit atau jam sahaja,.ikan emas itu akan mati…

Jadi,belajarlah untuk menjadi seperti ikan haruan, walaupun hidupnya di lumpur yang kotor,tanpa bantuan oksigen,tetapi apabila jatuhnya ia di daratan ia boleh bertahan dengan jangka masa yang lama…

Kerana dunia reality yang bakal di hadapi kelak tidak akan menjanjikan ‘ikan emas’ jika mahu perjuangkan yang hak dan menghapuskan yang batil.,.jika kita berkelakuan seperti ikan emas,nescaya kita tak akan berada lama di jalan perjuangkan yang hak…

Jangan terlalu manja dan merungut dengan ujian dari Allah, sebaliknya ambillah ujian itu untuk menjadi Insan Islam Yang Ehsan dan Kental jiwanya….

nasihat untuk diri sendiri juga,.

(QS,AnNisa:135)”wahai orang-orang yang beriman,jadilah kamu penegak KEADILAN,menjadi saksi kerana Allah,walaupun terhadap dirimu sendiri,atau terhadap ibu bapa dan kaum kerabatmu.Jika dia yang terdakwa kaya atau miskin,maka Allah lebih tahu kemaslahatannya(kebaikannya).M​aka jangan kamu mengikut HAWA NAFSU kerana ingin menyimpang dari kebenaran.Dan jika kamu MEMUTARBELITKAN KATA-KATA ATAU ENGGAN MENJADI SAKSI ,maka ketahuilah ALLLAH maha teliti terhadap apa yang kamu kerjakan. ”

~sesiapa yang merasakan dirinya beriman kepada Allah pasti akan terasa~

Monday, August 15, 2011

Turun Bazar Kali ke-4

Hari ni untuk kali yang ke-4 aku turun ke bazar ramadhan di PJ. Hari ni aku pergi dengan roommate aku Adam Malik. Dia dah lama tak pergi dan dia ajak aku. Ape lagi aku pun on je la. Macam biasa kalau kat bazar ramadhan aku selalu jalan dari start sampai habis lepas tu baru patah balik.


     On the way tu survey la makanan ape yang hendak di beli. Aku dah target nak beli NASI KERABU TUMIS. Katanya sedap dan ada awek cun yang berniaga kat gerai tu. Ramai la bebudak UIA cakap camtu.


Firstly, aku beli popiah sambal. Harga RM3 lima ketul. Standard la harga kat KL, mahal sikit. Khaliq pernah bagi aku dulu popiah ni, sedap la jugak. Aku beli just RM3 untuk roommates yang lain. Air aku beli jambu batu, warna hijau tu. Special la jugak siap letak asam lagi


Akhirnya, jumpa jugak aku dengan gerai NASI KERABU TUMIS. Memang betul la ada awek cun melecun. Harga nasi kerabu tu un murah RM3, dia bungkus pun cun. Awek tu gua nak cer, macam pan asia tu. Kacukan mana ntah!!! Kah..kah...Aku rasa umur dia sama dengan aku ataupun muda setahun atau dua tahun.

Misi aku dah selesai dan selamat berbuka dekat korang semua.

Saturday, August 13, 2011

Shopping Sakan!!!


Assalamualaikum kawan-kawan!!! Korang semua dah shopping untuk barang raya ker??? Aku tadi baru turun KL nak cari barang. Tapi rasa still awal lagi. Hari ni aku just mencuci mata tengok barang yang cun-cun belaka. Duit dah ada cuma keinginan nak membeli tu takde. Kah..kah....

Macam biasa parking kereta kat Maju Junction sebab jalan on the way ke Sogo konfem sesak. Berjalan jauh takpe. Aku tengok sesak giler dalam Sogo, sentiasa jer ada SALE aku pun tak faham. Tapi kat SOGO memang best la bershopping, lagi-lagi kalau ada duit.

Time kat sana aku tak membeli,just parents aku & kakak aku jer. Best jugak la aku tengok manusia macam semut kerumun nak membeli barang. Aku nak beli seluar jeans dan baju cun, tapi sebelum beli mesti kena try dulu. Sekali aku tengok fitting room orang beratur panjang giler, cancel terus nak beli barang.



Anyway, tadi shopping memang best la. Tapi kalau merasa lagi seminggu sebelum raya baru terasa kehangatan raya. Kah..kah.. Raya pun lama lagi.

Friday, August 12, 2011

Time is Life Not Gold


Hari ni lepas study circle @ usrah aku dapat sesuatu yang berguna. Hari ni ada presentation daripada students, jadi ada tajuk time management. Lecturer aku, Ustaz Abd Raheem menerangkan bahawa masa itu adalah kehidupan bukan emas. Masa bukan emas kerana masa mana boleh dijual beli. Korang bayangkan kalau kita dah tua kita tidak boleh membeli masa muda kita.


Masa akan terus bergerak dan tidak akan menunggu kita. Sekiranya kita tak gunakannya dengan baik maka diri kita yang akan rugi. Macam dalam peperiksaan la, kalau masa dah habis mana boleh mintak extra. Kertas peperiksaan still kena hantar. Kita kena manage time kat dunia macam mana kita manage masa time exams. Persediaan yang awal amat penting, bersamaan dengan persediaan untuk kita di akhirat kelak.


Lagi satu contoh, kalau time kita nak meninggal dunia,malaikat Maut dah sampai dia akan terus cabut nyawa kita tanpa sebarang tanggunghan. Kecuali yang berlaku kepada Nabi Muhammad S.A.W, Allah memberi arahan kepada malaikat supaya nabi membuat pilihan supaya boleh menangguhkan pemergian baginda. Tapi Rasulullah memilih untuk meninggal dunia kerana berasa gembira untuk berjumpa dengan ALLAH S.W.T.


Konklusinya, pengurusan masa amatlah penting kepada diri kita dan kehidupan setiap hari. " TIME IS LIFE NOT GOLD".

Thursday, August 11, 2011

Solat Terawih D' Padang


Hari ni aku solat terawih lain daripada yang lain. Sebab hari ni CFS IIUM menganjurkan solat terawih secara berjemaah di padang. First time la, berterawih dekat kawasan terbuka macam ni. Program ni takde la wajib, just sape-sape nak pergi je. Aku dapat tengok saf untuk jemaah muslimat full, sampai tak muat. Tapi saf untuk muslimin ada free lagi empat saf. Ramai solat dekat masjid kot.


Solat terawih malam ni just buat 8 rakaat selepas solat Isyak secara berjemaah. Selepas tu ada la sedikit tazkirah daripada Ustaz Mahadir daripada main canpus UIAM. Best la jugak ceramah tu. Tapi time ceramah aku just dengar macam tu jer, sambil main game. Kah..kah...

Lastly, lepas solat ada la sedikit jamuan, minum air oren dengan dapat kerepek ubi setiap orang. Lepas tu aku terus balik ke bilik.